Harold Godwinson
Harold Godwinson

Harold Godwinson

Harold Godwinson (s. 1022 – 14 Oktober 1066), sering kali dipanggil Harold II, merupakan raja Anglo-Saxon terakhir yang dimahkotakan di England. Harold memerintah daripada 6 Januari 1066[1] sehingga kematian beliau di pertempuran Hastings, menentang para penceroboh Norman yang dipimpin oleh William si Penakluk semasa penaklukan Norman ke atas England. Kematian beliau menandakan penamat kepada pemerintahan Anglo-Saxon di England.Harold adalah seorang earl yang berkuasa dan anggota sebuah keluarga Anglo-Saxon yang terkenal yang mempunyai ikatan dengan Cnut si Agung. Setelah kematian abang ipar beliau, Raja Edward si Pengaku pada 5 Januari 1066, Witenagemot telah bersidang dan memilih Harold untuk menaiki takhta; beliau merupakan raja England pertama yang dirajakan di Westminster Abbey. Pada akhir bulan September, beliau berjaya mengundurkan satu serangan yang dibuat oleh pesaing takhta iaitu Harald Hardrada dari Norway sebelum membawa pasukan tentera beliau ke selatan untuk bertemu dengan William si Penakluk di Hastings dua minggu kemudian.

Harold Godwinson

Pemerintahan 5 Januari – 14 Oktober 1066
Ayahanda Godwin, Earl Wessex
Pemakaman Waltham Abbey, Essex, atau Bosham, Sussex (dipertikaikan)
Pasangan Edith si Adil
Edith dari Mercia
Bonda Gytha Thorkelsdóttir
Kerabat Godwin
Anakanda Godwin
Edmund
Magnus
Gunhild
Gytha
Harold
Ulf
Kemangkatan 14 Oktober 1066 (berumur sekitar 44 tahun)
berdekatan Senlac Hill, Sussex, England
Kemahkotaan 6 Januari 1066
Didahului oleh Edward si Pengaku
Keputeraan sekitar 1022
Wessex, England
Diikuti oleh Edgar Ætheling (tidak dimahkotakan)
(otherwise) William si Pengaku